ADUAN MENGENAI DISKRIMINASI KEPADA KAKITANGAN
MELAYU DI FIREFLY
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kesudian YB membaca surat ini meski sentiasa dalam kesibukan dengan tugas YB.
Saya
ingin merujuk aduan saya berkenaan nasib kakitangan-kakitangan melayu di
Firefly yang di tindas secara halus oleh
pihak pengurusan Firefly anak syarikat
Malaysia Airlines.
Di
sini saya ingin menyatakankan tiada konsep 1Malaysia 1Firefly di Firefly. Saya
berani menyatakan kenyataan ini atas beberapa faktor dan tindak tanduk Pengarah
Urusan Dato Eddy Leong yang tidak adil kepada kakitangan Melayu di Firefly.
Dibawah
ini saya garis kan
unsur-unsur diskriminasi keatas pekerja-pekerja Melayu di Firefly.
- Perbezaan gaji eksekutif Melayu dan eksekutif bangsa Cina yang ketara. Contoh, gaji Head of Finance Melayu RM11,000.00 manakala gaji Head of IT (Chinese) RM14,000.00.
- Tiada peluang kepada bumiputra melayu wanita yang bertudung bekerja di front line.
Eddy tidak benarkan pengambilan pekerja
wanita bertudung untuk ‘Ground Operations’dengan alasan uniform Firefly tidak
sesuai dipakai dengan tudung.
- Tiada peluang kenaikan pangkat untuk kakitangan melayu. Contoh, Firefly dijangka beroperasi di KLIA pada Januari 2011 dan menggunakan pesawat Boeing 737 tetapi position Duty Manager ( di beri kepada Cina dan India) telah di ambil dari luar Firefly sedangkan ramai kakitangan Firefly Subang (internal) yang ada dan layak untuk mengisi jawatan tersebut. Sedangkan mereka (Eddy Leong) sering melaungkan ‘Carrier Enhancement opportunity’ kepada kakitangan dalam dialog-dialognya tetapi cuma ‘wayang sahaja’.
- Kakitangan (ground Operations Officer bergaji RM1500.00) dan berstatus kontrak selama 2 tahun, mereka akan dihentikan atau tidak disambung kontrak kiranya kakitangan tersebut tidak disukai olah pengurusan. Contoh,kakitangan Ground Operation Officer Ms Nisha Firefly Pulau Pinang, walaupun beliau berkhidmat dengan baik tetapi kontrak tidak disambung.
- Gaji kakitangan Operasi darat ( Ground Operations Officer) juga tidak setimpal dengan gaji minima Rm1500 (selepas di potong EPF RM1200.00). Tiada bayaran untuk kerja lebih masa dan kerja di hari cuti umum.
- Kakitangan Melayu berjawatan atasan (Management) hanyalah 40 % berbanding kaum cina sebanyak 60 %.
- Kakitangan bawahan (Ground Operations) 99% melayu dengan kadar gaji RM1500 sebulan (RM1200.00 selepas potongan EPF) dan berstatus kontrak 2 tahun.
- Sepanjang bekerja di Firefly sejak tahun 2007, tiada hari keluarga diadakan untuk kakitangan-kakitangan berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain. Tiada konsep 1 Malaysia disini. Suka diingatkan ‘kita’ melaung-laungkan semangat 1Malaysia tetapi ‘mereka’ tidak ambil peduli.
YB,
Saya melihat perkara-perkara diatas adalah
satu bentuk diskriminasi halus keatas kakitangan Melayu yang tidak sepatutnya
dibiarkan berlaku disebuah anak Syarikat Malaysia Airlines. Pada dasarnya
ekonomi kakitangan melayu tidak akan berkembang dengan cara sebegini yang
mengetepikan peluang-peluang untuk kakitangan melayu. Tidak ada seorang pun
eksekutif melayu yang berani bersuara kerana takut ‘periuk nasi’ mereka
terjejas dan Eddy akan ‘side
Line’ kan mereka seperti yang terjadi kepada saya.
Ketua saya ( Lim Kee Seong Head of Ground
Operations Firefly) telah dua kali mengarahkan saya untuk meletak jawatan atas
alasan saya ‘not perform’ tetapi saya tidak berganjak dari jawatan saya sebagai
Pengurus Airport Firefly. Hampir setahun saya telah diketepikan (side line)
kerana menyuarakan pendapat yang tidak
sehaluan dengan Ketua saya. Saya juga diketepikan kerana
Ketua saya mempunyai seseorang (Kroni
mereka) untuk diletakkan ke jawatan saya. Pelbagai cara digunakan untuk
‘membuang’ saya tetapi mereka masih gagal. Dalam masa setahun, saya menerima
empat (4) surat tunjuk sebab (show cause letter) dari ketua saya (Lim Kee
Seong) (tidak pernah saya dilayan seperti ini di majikan saya yang lalu iaitu
di Malaysia Airlines berkhidmat selama 1991-1997, AirAsia 1997-2005, Nas Air
Arab Saudi 2005-2007 dan Firefly 2007-2010.
Pelbagai cubaan untuk mencari kesalahan saya
semasa menjalankan tugas yang tidak masuk akal dan nama baik saya diburukkan
dikalangan kakitangan Firefly. Secara psikologi emosi dan semangat amat
terganggu bila diperlakukan sebegini rupa,tetapi demi keluarga dan semangat
melayu ,saya masih kuat kan
semangat dan berkerja seperti biasa. Untuk maklumat, lapuran (report) harian
yang selalu saya hantar dan email tidak pernah dibalas oleh ketua saya tetapi
bila ada incident2 kecil, saya akan terus dipersalahkan. Yang terbaru saya
diarahkan untuk hadir untuk sesi ‘domestic inquiry’ pada 03 November 2010
kerana tidak hadir bertugas di Hariraya puasa dan Hari Malaysia.
Sedangkan saya bertugas atas waktu pejabat dan melayakkan saya untuk bercuti
pada hari cuti umum. Saya juga berada dalam status ‘on call’ kiranya apa-apa
incident berlaku di Subang airport dan saya akan turun padang walaupun diluar
waktu pejabat.Ini lah salah satu contoh bila ‘Cina’ ‘memerintah’ dan
menggunakan kedudukan mereka untuk aniaya dan mencari jalan mennyingkirkan saya
dari Firefly.
Di
Stesyen Firefly Pulau Pinang & Pulau
Langkawi
Beberapa bulan yang lalu mereka (Eddy Leong
& Kroni-kroninya ) melakukan pertukaran di Firefly Pulau Pinang dengan
menberhentikan Haji Nordin Ghani (Bekas Pengurus Stesyen Firefly Pulau Pinang
dan digantikan dengan David (dari China Airline). Haji Nordin adalah salah
seorang ‘mangsa’ diskriminasi pengurusan Firefly yang
menamatkan kontrak kerja Haji Nordin dengan
alasan ‘not perform’. Sampai sekarang Haji Nordin masih lagi menganggur
sedangkan beliau adalah salah seorang yang bertanggung jawap memajukan Firefly
bagi stesyen Pulau Pinang. Beliau juga adalah seorang yang berpengalaman dalam
operasi perkhidmatan darat dan antara yang terbaik melatih,mendidik dan
mendisiplinkan kakitangan-kakitangan baru bagi stesyen Firefly Pulau Pinang.
Nasib yang sama menimpa Encik Omar Abdullah bekas Pengurus Stesyen Firefly
Pulau Langkawi.
Encik Omar ditamatkan kontrak dengan cara
yang amat memalukan (kontrak belum tamat tapi diminta oleh pengurusan jangan
datang bekerja). Apabila dihubungi mereka berharap (Haji Nordin Ghani &
Omar Abdullah) suatu keajaiban berlaku dan mereka dapat berkhidmat kembali
dengan Firefly. Perbuatan pihak pengurusan tertinggi Firefly (Eddy Leong dan
Lim Kee Seong) tidak menghiraukan sensitiviti kakitangan melayu amat-amat
dikesalkan dan tidak berperikemanusiaan. Alasan yang diberi untuk menamatkan
kontrak kerja Hj Nordin & Omar sebagai ‘not perform’ adalah wayang dan
sebagai satu alasan yang digunakan untuk menyingkirkan sesiapa yang mereka rasa
tidak patut berada di Firefly termasuk keatas diri saya.
Saya
berharap dan berdoa YB dapat melihat perkara ini dan satu pembaharuan dapat
dilaksanakan. Kakitangan Melayu berkerja keras tetapi dinafikan hak mereka dan
yang mengharumkan nama Firefly adalah kakitangan melayu yang bekerja
dimasa-masa sukar (hujan & panas terik). Kami memohon nasib kakitangan
melayu dibela dan diberi perhatian. Firefly popular bukan kerana Eddy Leong
tetapi kerana kerja keras kakitangan-kakitangan melayu dan faktor Subang
sebagai pusat operasi.
Yang
benar
Penganggur kini & selamanya mangsa racist
Salam. Saya pun mangsa rasis branch manager CIMB Ara Damansara. Pergi buat report di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam sakadar ingin tahu..adakah masih rasis lagi sekarang...pasal fire flyz sedang membuka jawatan kosong untuk ground operation officer..dn adakah gaji minimum RM1500 itu kekal sehingga ke hari ini...nk di ikutkan saya
ReplyDeleteMmg ingin mencuba jawatan tersebut,bila terbaca pasal company rasis jd tergamam pasal saya dahulu pn pernah kena rasis...just ingin tahu