Wednesday, 5 June 2013

Mangsa Racist bekas CEO Firefly


 
 

ADUAN MENGENAI DISKRIMINASI KEPADA KAKITANGAN MELAYU DI FIREFLY

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kesudian YB membaca surat ini  meski sentiasa dalam kesibukan dengan tugas YB.


Saya ingin merujuk aduan saya berkenaan nasib kakitangan-kakitangan melayu di Firefly yang di tindas secara  halus oleh pihak pengurusan Firefly  anak syarikat Malaysia Airlines.

Di sini saya ingin menyatakankan tiada konsep 1Malaysia 1Firefly di Firefly. Saya berani menyatakan kenyataan ini atas beberapa faktor dan tindak tanduk Pengarah Urusan Dato Eddy Leong yang tidak adil kepada kakitangan Melayu di Firefly.

Dibawah ini saya garis kan unsur-unsur diskriminasi keatas pekerja-pekerja Melayu di Firefly.

  1. Perbezaan gaji eksekutif Melayu dan eksekutif bangsa Cina yang ketara. Contoh, gaji Head of Finance Melayu RM11,000.00 manakala gaji Head of IT (Chinese) RM14,000.00.   

  1. Tiada peluang kepada bumiputra melayu wanita yang bertudung bekerja di front line.
Eddy tidak benarkan pengambilan pekerja wanita bertudung untuk ‘Ground Operations’dengan alasan uniform Firefly tidak sesuai dipakai dengan tudung.    

  1. Tiada peluang kenaikan pangkat untuk kakitangan melayu. Contoh, Firefly dijangka beroperasi di KLIA pada Januari 2011 dan menggunakan pesawat Boeing 737 tetapi position Duty Manager  ( di beri kepada Cina dan India) telah di ambil dari luar Firefly sedangkan ramai kakitangan Firefly Subang (internal) yang ada dan layak untuk mengisi jawatan tersebut. Sedangkan mereka (Eddy Leong) sering melaungkan ‘Carrier Enhancement opportunity’ kepada kakitangan dalam dialog-dialognya tetapi cuma ‘wayang sahaja’. 

  1. Kakitangan (ground Operations Officer bergaji RM1500.00) dan berstatus kontrak selama 2 tahun, mereka akan dihentikan atau tidak disambung kontrak kiranya kakitangan tersebut tidak disukai olah pengurusan. Contoh,kakitangan Ground Operation Officer Ms Nisha Firefly Pulau Pinang, walaupun beliau berkhidmat dengan baik tetapi kontrak tidak disambung.        

  1. Gaji kakitangan Operasi darat ( Ground Operations Officer) juga tidak setimpal dengan gaji minima Rm1500 (selepas di potong EPF RM1200.00). Tiada bayaran untuk kerja lebih masa dan kerja di hari cuti umum.

  1. Kakitangan Melayu berjawatan atasan (Management) hanyalah 40 % berbanding kaum cina sebanyak 60 %.

  1. Kakitangan bawahan (Ground Operations) 99% melayu dengan kadar gaji RM1500 sebulan (RM1200.00 selepas potongan EPF) dan berstatus kontrak 2 tahun. 

  1. Sepanjang bekerja di Firefly sejak tahun 2007, tiada hari keluarga diadakan untuk kakitangan-kakitangan berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain. Tiada konsep 1 Malaysia disini. Suka diingatkan ‘kita’ melaung-laungkan semangat 1Malaysia tetapi ‘mereka’ tidak ambil peduli.


YB,

Saya melihat perkara-perkara diatas adalah satu bentuk diskriminasi halus keatas kakitangan Melayu yang tidak sepatutnya dibiarkan berlaku disebuah anak Syarikat Malaysia Airlines. Pada dasarnya ekonomi kakitangan melayu tidak akan berkembang dengan cara sebegini yang mengetepikan peluang-peluang untuk kakitangan melayu. Tidak ada seorang pun eksekutif melayu yang berani bersuara kerana takut ‘periuk nasi’ mereka terjejas dan Eddy akan ‘side      
Line’ kan mereka seperti yang terjadi kepada saya.

Ketua saya ( Lim Kee Seong Head of Ground Operations Firefly) telah dua kali mengarahkan saya untuk meletak jawatan atas alasan saya ‘not perform’ tetapi saya tidak berganjak dari jawatan saya sebagai Pengurus Airport Firefly. Hampir setahun saya telah diketepikan (side line) kerana  menyuarakan pendapat yang tidak sehaluan dengan Ketua saya. Saya juga diketepikan kerana
Ketua saya mempunyai seseorang (Kroni mereka) untuk diletakkan ke jawatan saya. Pelbagai cara digunakan untuk ‘membuang’ saya tetapi mereka masih gagal. Dalam masa setahun, saya menerima empat (4) surat tunjuk sebab (show cause letter) dari ketua saya (Lim Kee Seong) (tidak pernah saya dilayan seperti ini di majikan saya yang lalu iaitu di Malaysia Airlines berkhidmat selama 1991-1997, AirAsia 1997-2005, Nas Air Arab Saudi 2005-2007 dan Firefly 2007-2010.

Pelbagai cubaan untuk mencari kesalahan saya semasa menjalankan tugas yang tidak masuk akal dan nama baik saya diburukkan dikalangan kakitangan Firefly. Secara psikologi emosi dan semangat amat terganggu bila diperlakukan sebegini rupa,tetapi demi keluarga dan semangat melayu ,saya masih kuat kan semangat dan berkerja seperti biasa. Untuk maklumat, lapuran (report) harian yang selalu saya hantar dan email tidak pernah dibalas oleh ketua saya tetapi bila ada incident2 kecil, saya akan terus dipersalahkan. Yang terbaru saya diarahkan untuk hadir untuk sesi ‘domestic inquiry’ pada 03 November 2010 kerana tidak hadir bertugas di Hariraya puasa dan Hari Malaysia. Sedangkan saya bertugas atas waktu pejabat dan melayakkan saya untuk bercuti pada hari cuti umum. Saya juga berada dalam status ‘on call’ kiranya apa-apa incident berlaku di Subang airport dan saya akan turun padang walaupun diluar waktu pejabat.Ini lah salah satu contoh bila ‘Cina’ ‘memerintah’ dan menggunakan kedudukan mereka untuk aniaya dan mencari jalan mennyingkirkan saya dari Firefly.

Di Stesyen Firefly Pulau Pinang  & Pulau Langkawi         

Beberapa bulan yang lalu mereka (Eddy Leong & Kroni-kroninya ) melakukan pertukaran di Firefly Pulau Pinang dengan menberhentikan Haji Nordin Ghani (Bekas Pengurus Stesyen Firefly Pulau Pinang dan digantikan dengan David (dari China Airline). Haji Nordin adalah salah seorang ‘mangsa’ diskriminasi pengurusan Firefly yang
menamatkan kontrak kerja Haji Nordin dengan alasan ‘not perform’. Sampai sekarang Haji Nordin masih lagi menganggur sedangkan beliau adalah salah seorang yang bertanggung jawap memajukan Firefly bagi stesyen Pulau Pinang. Beliau juga adalah seorang yang berpengalaman dalam operasi perkhidmatan darat dan antara yang terbaik melatih,mendidik dan mendisiplinkan kakitangan-kakitangan baru bagi stesyen Firefly Pulau Pinang. Nasib yang sama menimpa Encik Omar Abdullah bekas Pengurus Stesyen Firefly Pulau Langkawi.
Encik Omar ditamatkan kontrak dengan cara yang amat memalukan (kontrak belum tamat tapi diminta oleh pengurusan jangan datang bekerja). Apabila dihubungi mereka berharap (Haji Nordin Ghani & Omar Abdullah) suatu keajaiban berlaku dan mereka dapat berkhidmat kembali dengan Firefly. Perbuatan pihak pengurusan tertinggi Firefly (Eddy Leong dan Lim Kee Seong) tidak menghiraukan sensitiviti kakitangan melayu amat-amat dikesalkan dan tidak berperikemanusiaan. Alasan yang diberi untuk menamatkan kontrak kerja Hj Nordin & Omar sebagai ‘not perform’ adalah wayang dan sebagai satu alasan yang digunakan untuk menyingkirkan sesiapa yang mereka rasa tidak patut berada di Firefly termasuk keatas diri saya. 
 
   
Saya berharap dan berdoa YB dapat melihat perkara ini dan satu pembaharuan dapat dilaksanakan. Kakitangan Melayu berkerja keras tetapi dinafikan hak mereka dan yang mengharumkan nama Firefly adalah kakitangan melayu yang bekerja dimasa-masa sukar (hujan & panas terik). Kami memohon nasib kakitangan melayu dibela dan diberi perhatian. Firefly popular bukan kerana Eddy Leong tetapi kerana kerja keras kakitangan-kakitangan melayu dan faktor Subang sebagai pusat operasi.

Yang benar

Penganggur kini & selamanya mangsa racist
 

 

 

3 comments:

  1. Salam. Saya pun mangsa rasis branch manager CIMB Ara Damansara. Pergi buat report di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. As salam sakadar ingin tahu..adakah masih rasis lagi sekarang...pasal fire flyz sedang membuka jawatan kosong untuk ground operation officer..dn adakah gaji minimum RM1500 itu kekal sehingga ke hari ini...nk di ikutkan saya
    Mmg ingin mencuba jawatan tersebut,bila terbaca pasal company rasis jd tergamam pasal saya dahulu pn pernah kena rasis...just ingin tahu

    ReplyDelete